Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

Im Officially A Mom Now!


Salam blog,

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan liltle princess pada 28/12/13. And guess what, tu tarikh lahir saya jugak. Yup we shared the same birthday date.hihi. Rasa macam tak percaya sekarang dah bergelar ibu and ada anak perempuan. Seriusly rasa tak percaya. Huhu. 

Teringat lagi detik2 permulaan sakit nak beranak tu. saya mula start sakit masa pergi jalan kat kl last week. Tu laa dah sarat mengandung tapi still nak g travel jauh ngn kereta lak tu. sampai kl kul 2 pm terus pegi shopping barang anak kat sogo. Then pergi mid valley lak. Sampai la malam, ada dinner with my family. Hambik ko, mana tak penat. Tapi time tu tak rasa pon.hihi. Time tu excited jek lebih. Thennn malam tu bermula la episode trauma. Saya start sakit belakang sampai xleh tido. Tatau nak describe macamana tapi berdenyut2.huhu. Sampai la ke pagi. Then terus saya ajak hubby balik terengganu. 

Hari esok tu, still sakit lagi belakang. Pastu ditambah lak sakit contraction. Adoii. Dahla tiap kali contraction, sakit belakang tu makin berdenyut2.huhu. Seksa gila. Saya siap mintak cuti mc lagi. Then that nite, sakit makin teruk sampai hubby pon terpaksa cuti the next day. Panggil tukang urut pon xjadi apa. Saya duk continue cuti sampai la ari rabu malam tak tahan sangat, saya ajak hubby pg hospital. 

Kat hospital,my friend tolong check jalan, tengok2 dah bukak 2 cm. hoho. Terus kena admit tuk early phase of labor. Tapiii tunggu punya tunggu jalan still tak bukak. Last2 ari sabtu jugak nak beranak kan, saje jek baby nak lahir sama tarikh ngan mummy dia. Hihi. Nak cerita pasal sakit tu, xpayahla. Trauma rasa dia. Sakit yang amat. Huuu. Memang saya meraung2 sakit . Nasib baik dah mintak epidural. Lega skit rasa. Kalau tak rasa cam nak pengsan jek. Tapi saya lucky sebab ada hubby yang sangat supportive. Dia la yang duk baca2 kan ayat for me. Tukang usap belakang , tukang bagi kata2 semangat, tukang peluk, lap peluh, sme2la. Even sepanjang saya kena warded hubby yang jaga siang malam. Love u hubby!

Masa saat nak beranak tu, dr bagitau jalan dah bkak 9 cm. dr suh try teran , saya teran tapi baby tak turun. Huhu. Dahla masa tu tiba2 lak saya demam dalam labor room tu. baby lak ada distress. Last2 dr decide nak vacuum sebab takut fetal distress. Haih. Time  tu hubby pon kena keluar, xleh tunggu.nasib baik saya ambik epidural so takla rasa sangat sakit tu.

Akhirnya baby selamat dilahirkan kul 6.36 pm 28/12/13..baby kne admit wad sebab nafas laju and sebab kena ambik antibiotik since saya demam. Huhu.

Now ari2 saya g lawat baby. Nak menyhsu actually. Hihi. Omg sayang sangat my baby, tatau nak cakap camna. Rsa tak percaya dah bergelar ibu. Hihi. 

Our little princess. Lahir 2.76 kg. hihi. Sebenarnya kitrg tak tau jantina sebab scan x nampak . Tup tup perempuan. Hihi. Comel jek. 

Anyway nanti la update lagi pasal our baby. Ngntuk dah ni. Bye.

Sunday, December 22, 2013

Our 1st Anniversary


Alhamdulillah dah setahun berkahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam baru duk sibuk nervous nak nikah bagai, tup2 now dah setahun kawen.hehe. 
Now tengah tunggu masa plak untuk our baby lahir kat dunia ni. Uish my life has change dalam masa setahun jek. Last year tengah berenjoy2 ngn kwn2, but now dah jadi isteri org, siap nak jadi mak org tak lama lagi.haha.

Anyway tak de celebration apa sangat. Kitrg celebrate anniversary kat kl sambil tengah cari barang baby. Haha. Yup now our priority is our baby. G kl sampai sakit2 pinggang. Haha. Aritu kitrg beli carseat plak. Yey dah ada carseat for the baby. Next survey stroller plak.hihi.

Ok la , happy anniversary to us! Hehe. Love you hubby till infinity. No words can describe how much i love you and how much i appreciate having you in my life. My world is complete with u in my life. Mmuackkkxxx!!


Wednesday, December 18, 2013

37 Weeks Of Pregnancy


Salam,

Pejam celik pejam celik now saya dah 9 bulan pregnant. Dah term pon, meaning kalau saya terberanak sekarang baby sihat walafiat.haha. Omg perut besar sangat plis. Takut tengokkk. Thank god tak de stretch marks. Haih. Sekarang ni rasa berat sangat badan especially nak bangun dari duduk or baring. Kalau malam 2 tu memang confirm la terjaga tido. Samada nak kencing or sebab tido tak selesa. Now baru paham susah payah mama mengandung kan saya.haha.

Haritu saya ada pregnancy photoshoot. Our wedding photographer dengan baik hatinya mengoffer kitrg buat maternity photoshoot. Paling best, free of charge! Haha. Tapi gambar still kat kedai dia. Tak ambik lagi. 

Owh ye, sekarang saya dah boleh rasa contraction skit2. Most probably braxton hick jek. Tak de la sakit just rasa perut mengeras sangat. Haha. Adeyh lagi beberapa hari jek lagi nak due date. Excited plus nervous. But more tu excited and tak sabar nak bercuti lama. Tolong la saya still bekerja and siap tengah oncol lagi ni. Penat tau. Tak larat nak bawak badan ni pergi kerja. Huhu. Insyaallah nanti dah masuk 38 weeks dah tak payah oncol. Huhu. Dahla sekarang shift system baru, kalau oncol kerja sampai kul 12 tengahari. Memang pening kepala. Dah la tak tido malam kalau oncol ong ni. Huhu..

Anyway aritu dah beli breast pump. Beli medela swing. Hihi. Hoih mahalnye tapi harap2 berbaloi. Sekarang me and hubby tengah survey carseat plak. Penting carseat ni sebab nanti dah masuk kerja , memang kena guna carseat kalau nk anta or ambik anak kat rumah pengasuh. 

Yey lusa nak pegi kl. short getaway before i pop! Haha. Lagipon tengah christmas sale kan.. Harap2 ada barang baby murah. Sekarang ni kepala asyik nak shopping barang untuk baby jek. Hihi.

Latest pic of myself. Omg i know im BIG! Huaa.. Berat pon naik banyakk. Tskk..