Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 2, 2014

Aira : 7th month, Weaning and Crawling


Salam,

Selamat hari raya!

Alhamdulillah aira dah 7 bulan dah. Dah besyar anak mama sorang ni. Dah pandai nk membebel, especially kalau ada benda dia xpuas hati mesti dia bebel2 kat mama.comel ngat. Hihi. 

Tahun ni first time sambut hari raya dengan anak. Excited sangat. Siap beli baju sedondon untuk anak. Warna turqoise tuk belah nazmi, warna purple tuk belah saya.hee.pagi raya tu kitrg beraya belah nazmi dulu, then tengahari balik dungun. Tido kat dungun satu malam. Ayah cik pon ada sekeluarga. Second raya umah nazmi buat open house plak.

Sekarang aira dah start makan. Masa umur 6 bulan lagi saya try bagi nestum. Mula2 suap tu aira mesti buat muka, dahla tak reti telan. Hihi. Comel ngat. Now dah makan banyak dah. Mama bagi bubur gak, bubur nasi campur carrot. Aritu sy try bg ngn brocolli, tapi aira tak suka. Siap nak muntah lg.haha. Nanti nak try menu lain plak. Skrg aira minum susu snow. Aritu sempat ebm sampi 6 bulan jek.huhu. Xsempat sebab stok pon abh and xsempat nk pump sgt kat keje.dahla tengah tagging posting baru time tu.huuu. 

Owh sekarang aira dah nk mula merangkak. Aritu dia dah pandai meniarap masa 5 bulan. Sekarang dah pandai angkat badan. Kalau nak capai benda tu, mesti dia angkat punggung mengesot2.haha.cuma xreti nak gerak kaki jek lg tuk merangkak. Ee xsabar nak tunggu aira leh jalaannn.skrg ni dah bahaya klu tinggal dia atas katil sebab dia leh pusing2. Semalam baru jatuh katil. Nadib baik xde pape.cme merah skit jek pipi.huhu. Mlm pon kitrg dah letak dia tido dalam katil dia dah. 

K la tu jek nak update milestone anak. Hehe.till next time.

Airaa dah angkat punggungg.hee

Thursday, May 1, 2014

Aira : 3rd month , Going To Nursery

Salam, 


Lamanya rak update blog. Ni semua sebab busy sangat dah start kerja.sobs. Yup saya dah sebulan kerja. Sedih sangat sebab kena tinggalkan aira kat nursery. Awal2 masuk kerja tu, adala dalam seminggu saya nangis setiap kali kena pergi kerja sebab terpaksa tunggalkan aira. Dahla kena letak dia kat nursery since takda sapa leh tolong jaga. Yelakan, parents sme still bekerja. Cuma balik nursery tu, mak mertua ambik kul 3 petang la sebab dia balik kerja awal.

Sejak masuk 3 bulan ni aira dah pandai meng'agah' . Hehe. Comel sangat dia ketawa. Kalau saya geletek dia, dia dah pandai gelak2.hee. Now still lagi minum susu ebm. Yup, saya struggling gak nak ebm time kerja ni sebab kadang2 tak sempattt. Rela tak makan sebab nak ebm. Saya sanggup jek demi anak tercinta. Anything for u aira! Hubby pon tak sangka saya still leh maitain bagi ebm eventho dah masuk kerja.hehe. Takpe aira, mama akan cuba buat terbaik demi aira. Memang target saya nak ebm till 6 months!

Owh semalam first time tengok aira capai tangan dia nak pegang mainan.haha. Another milestone perhaps. Selama ni asyik pakai sarung tangan jek sebab aira suka calar kan muka dia, nak2 kalau time nak tido.mesti dia garu2 muka dia sampai abh calar2, tu yang kena pakai sarung tangan tu.huhu.

K la, ni curi masa kejap tuli blog sementara tunggu nazmi ambik dari kerja. Saya oncol semalam. Rindu sangat airaaa! Tak sabar nak balik!



Gambar ni hubby anta masa nak hantar aira ke nursery semalam. Seronok jek dia yekk. Kesiannya la hai anak mama kena tinggal kat nursery. Im so sorry sayanggg..huuu


Thursday, March 6, 2014

Aira :2nd month , Roadtrip Cuti-cuti Malaysia

Salam

Sedar x sedar dah 2 bulan lebih dah umur aira. Tak lama lagi mama dah kena masuk kerja. Sedih bila fikir nak kena tinggal anak demi kerja. Lagi sedih bila fikir kalau mama xsempat nak buat stok susu tuk aira pastu aira terpaksa minum susu formula. Tak mo tak mo. im gonna try my best tuk huat stok susu sebanyak mungkin for u aira.

Sebenarnya kami baru balik dari roadtrip. Yep kecik2 lagi mama dah bawak aira pegi jalan2. Hehe. Bukan apa, nanti bila mama dah masuk kerja susah lak nak bercuti nanti. So sementara ada lagi cuti confinement ni, bek kita g jalan.

Mula2 kitrg pegi port dickson. Tapi stay 1 malam jek. Tu pon sampai port dickson malam. Sampai2 jek terus pegi makan seafood kat bagan lalang dulu. Nasib baik anak mama ni behave. Tido jek keja dia. Otw dalam kereta pon letak dia dalam carseat pastu aira tido. Hihi.senang mama.

Then pegi penang satu malam. Mama bawak aira naik ferry tau pegi oenang tu. hehe. Kat penang kitrg makan nasi kandar and jalan2 keliling pulau. 

Next, pegi cameron highland 2 malam. Sebenarnya risau gak nak bawak aira g cameron sebab takut dia tak tahan sejuk. Tapi nasib baik aira ok, tak demam apa pon. Hihi. Comel sangat mama pakaikan aira topi strawberry tau. Tapi aira ni xsuka sangat pakai topi, dia serabut. Haha. Kat cameron kitrg duduk kat heritage hotel di tanah rata. Best gak hotel tu. cantik. Pastu kitrg g jln2 kat tea boh minum teh tarik. Kesian aira sejuk kat atas tea boh tu. nasib aira tido, xnangis. Pastu pegi jalan2 kat lavender park. Cantik tempat tu. berbaloi masuk. Memang kitrg berposing bergambar abih dalam tu. aira macam biasa, tido. Haha. 

Then kitrg singgah kat kl satu malam. Esoknya jalan2 kat ikea before bertolak balik ke trg. Kat ikea boleh lak aira berak dalam tu. terpaksa la mama curi2 tukar pampers aira kat celah2 display cabinet. Haha.  

Aritu before pegi jalan2,saya bawak aira g kk tuk vaccine 2 months. Kesian aira nangis kena cucuk. Berat lak dah bertambah ke 4 kg. patut la mama rasa cramp tangan dukung aira lama2.haiya..

Sekarang aira dah pandai ber-agah. Suka tengok aira senyum ketawa. Pastu aira suka bercakap. tapi kalau bercakap tu keluar suara 'aaah' 'ehgrrr' camru jek la.hehe. pastu suka buat suara manja tau. Geram mama. Aira memang suka kalau kitrg bercakap dengan dia then dia ada reply buat2 bunyi manja.hehe.

Ok tu jela. Bye.


Ni gambar mama tengah tukar pampers aira kat ikea ni.haha.adoilaa...xpela aira, mama xkisah.love u so much!


Monday, January 27, 2014

Happy 1st Monthversary Little Princess


Salam blog,

Sedar tak sedar my baby girl dah umur sebulan dah. arini tepat 30 hari umur dia. banyak perubahan dah baby saya. sekarang muka dia agak panjang compare to masa mula2 lahir dulu. hihi.

alhamdulillah aira (her name is nur humaira, ayah dia yang pilih nama ni. panggil aira.hehe) baby yang baik, tak banyak meragam. jarang sangat nangis. nangis pon stakat 'eh eh eh' jek bunyi.tu pon kalau lapar. kalau saya lambat sangat feed dia and dia lapar sangat, baru la dia nangis kuat skit. otherwise aira jarang meragam.tido malam pon tak nangis. dia just berjaga tuk menyusu jek or poop.hehe. kadang2 tu sebab aira dah byk tido siang, malam dia xlena sangat tido. tapi dia tak nangis. kadang2 sy biarkan jek dia sorng2 kalau sy mengantuk sangat.haha,sian dia terkebil2 sorang diri tapi x nangis pon, so xpela.hihi.

hari2 rutin hidup saya lebih kurang jek. pagi bangun kul 9-10 cmtu, saya mandi siap2 dulu then mandikan aira.sekarang dah tak kekok sangat nk mandikan aira.masa mula2 tu takutla gak sbb tak biasa. then sy bertunku. now dah start menyalai lak. then kalau ada masa saya breast pump tuk buat stok. tapi x smpat nk buat stok tuk time kerja nanti lagi.huhu.just buat stok tuk pakai time emergency. then kalau aira lapar, breast feed her.pastu tidokan aira. kul 5 petang cmtu dah kena lap badan aira. malam lak dia slalu berjaga 2 kali tuk menyusu. stakat ni paling lama saya tido malam 3 jam jek sejak dari awal lahir aritu.haha.depress bila pk.tapi siang2 saya tido la gak kalau smpat.

sekarang saya still breastfeed lagi. tak campur lagi susu formula. dulu memang saya pernah berazam kalau ada anak nak  bagi exclusive breast milk, kalau boleh sampai 6 months. tapi sebenarnya nak breast feed ni kena banyak bersabar. kadang2 saya risau kalau susu tak cukup, kesian plak aira kalau susu saya tak ckup. pastu klu breast feed ni plak baby cepat lapar sebab susu cepat hadam. so mmg at least 2-3 jam skali aira lapar. memang kena bertahan la sebab penat gak actually kalau breast feed ni tapi demi anak sanggup jek.

k tu jela. xsabar nak abih pantang.hihi. 1 feb ni kitrng nak buat akikah n cukur jambul aira. hihi.

k byee...