Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 24, 2013

24 Weeks Of Pregnancy

Hello..salam.

Arini terasa rajin plak nak update pasal my pregnancy. Maklumla arini off day (post pm shift). So currently sy dah 24 week, 5 days pregnant. Wow dh masuk 6 bulan pregnant okeyhh. Perut pon dah tak boleh nak cover dah. Kalau tak before this mesti cover perut dengan lab coat dengan harapan orang lain tak nampak perut buncit ku.haha. Tapi sekarang dah tak mampu. Perut makin membulat dah makin besar.huhu.

Perkembangan terkini about my pregnancy basically sekarang selera makan bertambah2. Masa awal2 pregnant dulu selalu lapar tapi selalu tak lalu nak makan nasi or tak tahu nak makan apa. But now asyik rasa nak makan jek. Dah la makan macam lagi banyak dari portion biasa. Sebab tu la berat badan dah naik 5 kgs! Haha. Yup aritu masa antenatal check up, berat saya dah 53 compared to 48 baseline berat. Oops terbocor rahsia berat badan.hihi. Anyway nurse cakap saya terlebih 1 kg dari berat yang sepatutnye. Tskk. Owh lagi satu, hb ( hemoglobin) saya turun balik masa last check aritu.haiyooo. Padahal dah makan iberet untuk tambah blood. Latest hb saya 9.8. Haih. Mula2 awal pregnant hb trun 10.then naik kejap 11. Now 9.8 lak. Tskkk.. Tapi before this pon hb saya memang range rendah pon. Anyway as long as xde anemic symptoms, xpe la kot. Oops ni cam bincang topik medical lak.

Erm selain tu apa lagi eh perubahan..owh semalam saya noticed dah ada linea nigra. Huaaaaaaaaa...! Cacat. Padahal dah letak bio oil dah tau! Tapi nasib baik xde la hyperpigmented sangat just nampak la perubahan skin kat area bawah pusat ni. Nasib baik striae gravidarum xde. Tgkkk, cakap medical term lagi. Haha. Gini la jadi nya bila doctor pon sibuk nak tulis blog. Owh yaa, pusat saya macam semakin lama semakin nak terkeluar. Tidaaakkkkk......i hate pusat terbonjol gitu. Burukkkkk!

Tau tak now kaki pon kadang2 edematous ( swelling) . Masa 1st time perasan kenapa kasut macam ketat jek. Tengok2 dah ada edema. Hukkksss..
Pastu belakang pon kadang2 sakit especially time kerja sebab banyak berjalan.huhu. Penatnya kerja now. Rasa macam nak ambik cuti jek tauuu..tskkk...

So i got another 12 weeks tuk term. Wahh semakin cepat lak rasanya. Macam scary pon ade..

Haa lagi satu, sekarang saya rasa baby bergerak makin kerap dalam perut ni. Hek. Rasa cam pulsation gitu. Kadang2 sampai boleh nampak perut bergerak2 sendiri. Like right now, saya tengah rasa baby bergerak. Aktif betul tauu. Mesti dia tengah seronok berkuak lentang dalam ni.hihi.

Ok la tu je nk update. Sekarang ni me and hubby tengah survey2 katil for our baby. Hihi.

Ok thats all for now. Taaaa!!

No comments: