Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

Im Officially A Mom Now!


Salam blog,

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan liltle princess pada 28/12/13. And guess what, tu tarikh lahir saya jugak. Yup we shared the same birthday date.hihi. Rasa macam tak percaya sekarang dah bergelar ibu and ada anak perempuan. Seriusly rasa tak percaya. Huhu. 

Teringat lagi detik2 permulaan sakit nak beranak tu. saya mula start sakit masa pergi jalan kat kl last week. Tu laa dah sarat mengandung tapi still nak g travel jauh ngn kereta lak tu. sampai kl kul 2 pm terus pegi shopping barang anak kat sogo. Then pergi mid valley lak. Sampai la malam, ada dinner with my family. Hambik ko, mana tak penat. Tapi time tu tak rasa pon.hihi. Time tu excited jek lebih. Thennn malam tu bermula la episode trauma. Saya start sakit belakang sampai xleh tido. Tatau nak describe macamana tapi berdenyut2.huhu. Sampai la ke pagi. Then terus saya ajak hubby balik terengganu. 

Hari esok tu, still sakit lagi belakang. Pastu ditambah lak sakit contraction. Adoii. Dahla tiap kali contraction, sakit belakang tu makin berdenyut2.huhu. Seksa gila. Saya siap mintak cuti mc lagi. Then that nite, sakit makin teruk sampai hubby pon terpaksa cuti the next day. Panggil tukang urut pon xjadi apa. Saya duk continue cuti sampai la ari rabu malam tak tahan sangat, saya ajak hubby pg hospital. 

Kat hospital,my friend tolong check jalan, tengok2 dah bukak 2 cm. hoho. Terus kena admit tuk early phase of labor. Tapiii tunggu punya tunggu jalan still tak bukak. Last2 ari sabtu jugak nak beranak kan, saje jek baby nak lahir sama tarikh ngan mummy dia. Hihi. Nak cerita pasal sakit tu, xpayahla. Trauma rasa dia. Sakit yang amat. Huuu. Memang saya meraung2 sakit . Nasib baik dah mintak epidural. Lega skit rasa. Kalau tak rasa cam nak pengsan jek. Tapi saya lucky sebab ada hubby yang sangat supportive. Dia la yang duk baca2 kan ayat for me. Tukang usap belakang , tukang bagi kata2 semangat, tukang peluk, lap peluh, sme2la. Even sepanjang saya kena warded hubby yang jaga siang malam. Love u hubby!

Masa saat nak beranak tu, dr bagitau jalan dah bkak 9 cm. dr suh try teran , saya teran tapi baby tak turun. Huhu. Dahla masa tu tiba2 lak saya demam dalam labor room tu. baby lak ada distress. Last2 dr decide nak vacuum sebab takut fetal distress. Haih. Time  tu hubby pon kena keluar, xleh tunggu.nasib baik saya ambik epidural so takla rasa sangat sakit tu.

Akhirnya baby selamat dilahirkan kul 6.36 pm 28/12/13..baby kne admit wad sebab nafas laju and sebab kena ambik antibiotik since saya demam. Huhu.

Now ari2 saya g lawat baby. Nak menyhsu actually. Hihi. Omg sayang sangat my baby, tatau nak cakap camna. Rsa tak percaya dah bergelar ibu. Hihi. 

Our little princess. Lahir 2.76 kg. hihi. Sebenarnya kitrg tak tau jantina sebab scan x nampak . Tup tup perempuan. Hihi. Comel jek. 

Anyway nanti la update lagi pasal our baby. Ngntuk dah ni. Bye.

Sunday, December 22, 2013

Our 1st Anniversary


Alhamdulillah dah setahun berkahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam baru duk sibuk nervous nak nikah bagai, tup2 now dah setahun kawen.hehe. 
Now tengah tunggu masa plak untuk our baby lahir kat dunia ni. Uish my life has change dalam masa setahun jek. Last year tengah berenjoy2 ngn kwn2, but now dah jadi isteri org, siap nak jadi mak org tak lama lagi.haha.

Anyway tak de celebration apa sangat. Kitrg celebrate anniversary kat kl sambil tengah cari barang baby. Haha. Yup now our priority is our baby. G kl sampai sakit2 pinggang. Haha. Aritu kitrg beli carseat plak. Yey dah ada carseat for the baby. Next survey stroller plak.hihi.

Ok la , happy anniversary to us! Hehe. Love you hubby till infinity. No words can describe how much i love you and how much i appreciate having you in my life. My world is complete with u in my life. Mmuackkkxxx!!


Wednesday, December 18, 2013

37 Weeks Of Pregnancy


Salam,

Pejam celik pejam celik now saya dah 9 bulan pregnant. Dah term pon, meaning kalau saya terberanak sekarang baby sihat walafiat.haha. Omg perut besar sangat plis. Takut tengokkk. Thank god tak de stretch marks. Haih. Sekarang ni rasa berat sangat badan especially nak bangun dari duduk or baring. Kalau malam 2 tu memang confirm la terjaga tido. Samada nak kencing or sebab tido tak selesa. Now baru paham susah payah mama mengandung kan saya.haha.

Haritu saya ada pregnancy photoshoot. Our wedding photographer dengan baik hatinya mengoffer kitrg buat maternity photoshoot. Paling best, free of charge! Haha. Tapi gambar still kat kedai dia. Tak ambik lagi. 

Owh ye, sekarang saya dah boleh rasa contraction skit2. Most probably braxton hick jek. Tak de la sakit just rasa perut mengeras sangat. Haha. Adeyh lagi beberapa hari jek lagi nak due date. Excited plus nervous. But more tu excited and tak sabar nak bercuti lama. Tolong la saya still bekerja and siap tengah oncol lagi ni. Penat tau. Tak larat nak bawak badan ni pergi kerja. Huhu. Insyaallah nanti dah masuk 38 weeks dah tak payah oncol. Huhu. Dahla sekarang shift system baru, kalau oncol kerja sampai kul 12 tengahari. Memang pening kepala. Dah la tak tido malam kalau oncol ong ni. Huhu..

Anyway aritu dah beli breast pump. Beli medela swing. Hihi. Hoih mahalnye tapi harap2 berbaloi. Sekarang me and hubby tengah survey carseat plak. Penting carseat ni sebab nanti dah masuk kerja , memang kena guna carseat kalau nk anta or ambik anak kat rumah pengasuh. 

Yey lusa nak pegi kl. short getaway before i pop! Haha. Lagipon tengah christmas sale kan.. Harap2 ada barang baby murah. Sekarang ni kepala asyik nak shopping barang untuk baby jek. Hihi.

Latest pic of myself. Omg i know im BIG! Huaa.. Berat pon naik banyakk. Tskk..




Wednesday, October 23, 2013

28 Weeks 5 Days Pregnant , Dah 7 Bulan!!



Salam,
Sedar tak sedar sy dah pregnant 7 bulannn!!! Another 2 months to go. Tau tak now im in OnG department. Macam tau2 jek ngandung pastu duk department ong plak. Memang ari2 ler duk tengok orang beranak memanjang. Haha. And tiap hari gak trauma nak beranak. Aduss. Tapi bila tengok baby2 comel rasa macam tak sabar sangat nak beranak cepat2. Cepat la beranak so that i can have a long longgg holiday! Hihi.

Now progress pregnant baby makin banyak bergerakk.hihi. Kadang2 tu nampak perut timbul2 baby gerak. And sometimes perut sengett.dangg! Cacat. Haha.sakit bahagian pinggangg pon makin menjadi2, especially kalau nak bangun dari duduk.huhu..

Tadi sy baru lepas scan baby. Kemungkinan baby girl, tapi doc tak sure sangat. Hehe. Scan normal jej. AFI ckup, 10. Berat baby now kemungkinan 1.2kg. Sebenarnye saya risau sebab tengok perut besar ngat. Takut baby besar ngat. Haha. Susah nak beranak nanti. Wuwuw. Tapi apa2 pon yang penting baby sihat.

Anyway saya dah beli baby cot for my room. Wee! Seperti yang diidam2 kan , baby cot warna putih. Hikk. Xsabar nak tengok baby sleep dalam baby cot tu.:p

Ok la tu je kot nak update for now. Baby sayang cepat la keluarr. Xsabarnyaaa.hehe. Anyway my bestfriend nadiot dah selamat lahirkan baby boy. Hehe. So cepat2 la baby kluar so tht boleh kawan ngn baby nadiot. Hihi.

Ok bye2. Nanti update lagi.

Monday, September 30, 2013

Babymoon

Assalamualaikum!

Weekend lepas saya mintak cuti 2 ari. Memang plan nak pergi berjalan pon. Konon sebab dah busan dengan working life. Nasib baik dapat cuti. Awal2 planning nk g PD, nak tido kat Grand Lexis. Alaa hotel yang ada swimming pool dalam bilik tu. tapi mama tak kasi plak pergi jauh2 sebab cuti kejap sangat. Dia takut nanti penat. Last2 pergi kuantan jek. Haha. Tapi dah bagitau hubby siap2 nak duk resort.hihi. Saje gedik nk merasa duk kat resort plak. So kitrg duk kat La Village resort. Ok la bilik dia and tepi pantai.rate pon xde la mahal sangat.

So kitrg bertolak malam khamis tu.malam tu bermalam di hotel ms garden dulu. Then next day baru tido kat La Village.
Kat kuantan kitrg just jalan2 kat mall jek and tengok wayang. Tapi sempat jugakla survey katil baby. Hihi. Nazmi nak survey katil baby tuk letak dalam bilik dia. Kitrg plan nak beli playpen tuk bilik nazmi sebab kalau nak beli baby cot betul besar plak. But for my room, saya memang nak beli baby cor warna putih. Hihi. So kitrg survey kat kedai anakku. Adala jumpa tyg berkenan tapi harga mahal skit sebab kualiti lain. Lama gak kitrg duk survey tapi xdela beli trus. The next day baru la nazmi beli selepas lama berfikir. Haha.

Petang tu kitrg check in kat resort then terus pegi pantai. Tak lama sampai kat pantai tu hujan lebat plak. Last2 kitrg lepak kat kedai tepi pantai tu. ramai lak mat salleh lepak skali kat situ. Huhu.

Malam tu lak nazmi ajak makan ikan bakar kat tanjung lumpur. Bestla gak. Kitrg makan sotong celup tepung, udang bakar ngan ikan siakap stim.hehe.

The next day, awal2 subuh lagi saya dah terjaga. Nazmi cakap nak tengok sunrise.. Hehe. Tapi kitrg terlambat skit sebab matahari dah naik skit. Tapi camna pon still cantik pemandangan tepi pantai. Hihi.









Tuesday, September 24, 2013

24 Weeks Of Pregnancy

Hello..salam.

Arini terasa rajin plak nak update pasal my pregnancy. Maklumla arini off day (post pm shift). So currently sy dah 24 week, 5 days pregnant. Wow dh masuk 6 bulan pregnant okeyhh. Perut pon dah tak boleh nak cover dah. Kalau tak before this mesti cover perut dengan lab coat dengan harapan orang lain tak nampak perut buncit ku.haha. Tapi sekarang dah tak mampu. Perut makin membulat dah makin besar.huhu.

Perkembangan terkini about my pregnancy basically sekarang selera makan bertambah2. Masa awal2 pregnant dulu selalu lapar tapi selalu tak lalu nak makan nasi or tak tahu nak makan apa. But now asyik rasa nak makan jek. Dah la makan macam lagi banyak dari portion biasa. Sebab tu la berat badan dah naik 5 kgs! Haha. Yup aritu masa antenatal check up, berat saya dah 53 compared to 48 baseline berat. Oops terbocor rahsia berat badan.hihi. Anyway nurse cakap saya terlebih 1 kg dari berat yang sepatutnye. Tskk. Owh lagi satu, hb ( hemoglobin) saya turun balik masa last check aritu.haiyooo. Padahal dah makan iberet untuk tambah blood. Latest hb saya 9.8. Haih. Mula2 awal pregnant hb trun 10.then naik kejap 11. Now 9.8 lak. Tskkk.. Tapi before this pon hb saya memang range rendah pon. Anyway as long as xde anemic symptoms, xpe la kot. Oops ni cam bincang topik medical lak.

Erm selain tu apa lagi eh perubahan..owh semalam saya noticed dah ada linea nigra. Huaaaaaaaaa...! Cacat. Padahal dah letak bio oil dah tau! Tapi nasib baik xde la hyperpigmented sangat just nampak la perubahan skin kat area bawah pusat ni. Nasib baik striae gravidarum xde. Tgkkk, cakap medical term lagi. Haha. Gini la jadi nya bila doctor pon sibuk nak tulis blog. Owh yaa, pusat saya macam semakin lama semakin nak terkeluar. Tidaaakkkkk......i hate pusat terbonjol gitu. Burukkkkk!

Tau tak now kaki pon kadang2 edematous ( swelling) . Masa 1st time perasan kenapa kasut macam ketat jek. Tengok2 dah ada edema. Hukkksss..
Pastu belakang pon kadang2 sakit especially time kerja sebab banyak berjalan.huhu. Penatnya kerja now. Rasa macam nak ambik cuti jek tauuu..tskkk...

So i got another 12 weeks tuk term. Wahh semakin cepat lak rasanya. Macam scary pon ade..

Haa lagi satu, sekarang saya rasa baby bergerak makin kerap dalam perut ni. Hek. Rasa cam pulsation gitu. Kadang2 sampai boleh nampak perut bergerak2 sendiri. Like right now, saya tengah rasa baby bergerak. Aktif betul tauu. Mesti dia tengah seronok berkuak lentang dalam ni.hihi.

Ok la tu je nk update. Sekarang ni me and hubby tengah survey2 katil for our baby. Hihi.

Ok thats all for now. Taaaa!!

Sunday, August 25, 2013

Shopping For The Baby

Salam,

So semalam and 2 hari lepas me and hubby ke kl untuk shopping barang2 baby. Hihi. Excited okeyhh sebab ni first time nak shopping barang for our baby. Well, not really the first time sebab sebelom ni pernah la beli baju baby selai dua. But this time, kitrng memang shopping sakan beli segala leperluan untuk baby, according to checklist. Yup, siap buat check list.:p

From nail clipper to mosquito net, you name it, memang semua kitrg bli. Beli yang penting and keperluan asas tuk baby. Tapi kesian hubby pening kepala. Susah rupanya nak beli barang baby sebab kitrg memang clueless bab2 baby ni. Maklum la first timer. Haha. Nak beli botol susu pon pening kot. Dahla ada macam2 brand, pastu tiap botol ada puting berlainan jenis plak. Ada yang puting bentuk lain2. Ada yang perlu lach in la bagai. Since we dont know what is the best for our baby, tu yang buat lagi pening tu. haha. Last2 kitrg beli botol tommee tippy (ok tatau kalau ejaan tu betul atau tak but whatever la) sebab kwn suggest kata baby ske bentuk puting brand ni. Haha. Macam2 la kitrg beli semalam. Memang puas hati la sebab dapat beli almost all keperluan asas for the baby. Just baju jek tak dapat beli banyak sebab kitrg still tatau the gender yet. Nanti dah tau gender ..siap la. Memang shopping sakan la saya nanti.hikhik.

Now tinggal nak beli barang2 yang agak mahal n perlu dipikir banyak kali dlu macam breast pump, stroller, bottle steamer, car seat and katil baby. Yang ni kena pilih betul2 sebab mahal and nak beli yang betul2 bagus jek.anyway, medela breast pump tu bagus sangat ke eh? Napa macam ramai pakai? Tapi mahal nyeee. Breast pump paling mahal kot antara semua brand2 lain. Huhu. I am thinking nk beli that breast pump, hubby pon dah bagi green light. Sebab dia kata kalau beli yang murah takut sakit pulak. However yang tu kena tunggu dah deliver dlu then baru fikir balik. Mahal wooo, rm 2k kott. Haha. Tapi saya nak sebab i want to fully breast feed my baby so kenala fikirkan cara2 nak tambah stok susu since saya akan busy bekerja nanti. Huhu.

Omg sedar tak sedar saya dah pregnant 5 bulan. Hehe. Perut pon dah makin ke depan. Dah tak boleh nak sorok dahhh.huaa. Except kalau g kerja, tutup perut ngn labcoat. Huhu.

Antara barang2 baby yang dibeli. And gambar yours truly with hubby. Hihi.



Thursday, August 15, 2013

1st Raya Aidilfitri As Married Couple

Salam semua,

Sekarang sy still in mood raya walaupon dh raya ke8. Maklum la raya kan sebulan. Alhamdulillah raya tahun ni paling bermakna sebab dapat sambut dengan hubby tercinta and family. Walaupon saya kerja mlm sebelum raya, balik kerja pon pagi raya sampai umah kul 8 pagi..tapi paling penting dapat off day raya 1st. So dapat la merasa beraya dengan suami for the 1 st time. Hihi.

Pagi raya tu dalam keadaan mamai2 blik kerja, sy bersiap cepat2 tuk pergi sembahyang raya dengan nazmi. Alhamdulillah 1st time sembahyang raya ngan suami. Sampai tersengguk2 la saya dalam masjid tu sambil dengar takbir raya. Haha. Then blik rumah, kitrng bersalam2an ngan my FIL.pastu kitrg gerak pergi beraya umah nenek and sedara nazmi. Rasa lain pulak, new experience. Biasanya tiap tahun beraya ngn my family kat rumah tok, kali ni beraya with his family. Hehe.

Then dalam tengahri camtu, me and nazmi gerak ke dungun tuk beraya with my family lak. Seronok tahun ni sebab dapat beraya with both family and family in law.

2nd syawal plak umah nazmi buat open house. Memang stiap tahun raya kedua diorg mmg akan buat open house. Meriah tul. Tapi mlm tu sy kerja mlm. So agak penatla sbb siang duk tlg buat open house, malam lak kerja..

3rd syawal, open house umah saya plak. Hihi. Best sebab ramai sedara mara datang. Nadiot pon dtg gak. Hihi. Tapi tataula napa raya tahun ni rasa paling tak puas. Macam kejap gila raya. Tup tup dah raya ke 8 la. Dah kena kerja balik dah. Huhu. Sedih.

Nazmi ckp raya tahun ni kitrng raya berdua. Tahun depan dah raya bertiga lak. Hehe. Harap2 tahun depan dapat la off lagi. Susah sebenarnya nk off bila kerja hosp ni. Huhu.

Gambar mula dari atas tu, Ni gambar time beraya umah tok. Hihi
Next day, 2 nd syawal. Sesi bergambar with FIL
Then with nadiot msa open house my house












Sunday, July 14, 2013

Life Update 101

Hello bloggg!

Lamanye sy tak tulis dalam blog ni. Tak de masa sebab busy kerja padahal banyak sangat benda nak di update.

Sekarang dah masuk hari ke 5 puasa.alhamdulillah tahun ni dapat berpuasa di malaysia and tahun ni dengan suami.hihi. Tapi sebab kerja, sy banyak berbuka puasa kat hospital since kerja abih kul 8.sedih tul.

Update pasal kerja, well i wont say i like working. Not at all.huhu. Tak tipu. Setiap hari bila kena pergi kerja rasa cam stress semacam jek. Haih. Ok xmo cerita pasal kerja dah.

Sebenarnye tujuan post ni nak update about my life. Currently sy tengah mengalami perubahan hidup. Hahaha. Well, im pregnant! Weee.macam tak percaya jek nak gtau people that im pregnant. Nak tau tak masa mula2 nak confirm pregnant tu, sy buat pregnancy test sampai 3 kali sebab xpercaya.hihi. One of the reason napa sy tak percaya sy pregnant sebab sy xde alahan langsung! Yup tak tipu. Even until now xde rasa nak muntah or apa2 alahan cam org pregnant lain. An easy pregnancy for me.alhamdulillah sgt. Sebab kalau alahan teruk tatau la macam mana nak kerja.

Ok back to cerita, so sy buat pregnancy test 3 kali and sme positive. My hubby dah overjoyed dah that time. Tapi sy still rasa tak puas hati so the next day trus ajak hubby g check up. Bila scan, doctor cakap dah 8 weeks.hihi. Rsa macam miracle bila tengok ada something livinv in my tummu. Im so happy. So excited. Xsabar nak tunggu baby ni lahir. Currently im at 14th week of pregnancy. Salah satu benda yg lain skit time pregnant ni just sy cepat lapar. And bila lapar tu rasa cam lapar gila. Thats why bulan puasa ni wuite challenging gak. Tp sy pasti kan sy bersahur setiap hari tuk tahan lapar. Alhamdulillah setakat ni xde la rasa teruk sgt.

Haritu, sy and hubby pegi mesra mall and kitrg nak shopping baju baby for the 1st time. Hehe. Tapi sebab tatau gender lagi so kitrg beli warna putih jek sme. Eee xsabar rasanye nak shopping barang2 baby lagi.nak beli stroller, car seat, baby coat, and macam2 lagi. Cant wait!hehe.

Ni gambar scan at 7 weeks and 11 weeks. Jauh berbeza kan even tho beza masa 4 weeks jek. Masa scan tuk 11 weeks tu, me and hubby nampak baby gerak2. Aktif sangat dia . Comel sgt. Hihi. Ok i still cant believe somthing alive ada inside my
tummy ni.:p






Monday, April 8, 2013

Monday, March 25, 2013

1st Day In Charged Of The Ward



Huru hara i tell youuuu!
Dah la tengah aktif ward ( meaning sme admission masuk our ward. Kalau pasif, no new admission) . N dah la hari ahad! Memang dah agak dah confirm busy tapi tak sangka la sebusy tdi. Ni dah tengah malam baru leh balik. Konon dah abh tagging ingat kan leh balik awal, berangan jek la. Minum pon belum lagi ni. Apa tah lagi makan. Huhu.Banyak gila kerja tertangguh. Nak kena clerk new case lagi, nak kena order ubat lagi, nak kena buat investigation lagi, nak kena buat refer lagi huaaaa....pengsan.

Tadi first time saya tolong resuscitate this one patient ni. Penat nak mampus. Tapi that patient passed away. Huhu.

Anyway, tak mo cakap sal kerja dah. Just want to inform that tomorrow saya cutiii. Cuti lamaaa sgt sebab nak g jln2 ngnn nazmi and his family. Kitrg pegi london. Hihi. Xsabar! Omai sekarang baru nak rasa excited, kalau tak before this sangat busy sampai xde perasaan nak g berjalan2. Ni baru terasa excited. Nanti lepas abis cuti i wanna start fresh! Nak pegi kerja dengan azam baru! Hahaa. Ok la bye!

Thursday, March 21, 2013

Happy 3 rd monthversarry!


Dah 3 bulan dah kawen! Weee.. Ni gambar masing2 kepenatan baru balik kerja tengah malam tadi. I think my feet pon dah bengkak ni. Sobs. Sakit gila kaki sebab berdiri lama sangat dalam ward. Hukkk.. Nazmi lak penat mental sbb kena handle ubat2. Kesian. Hihi.

Tuesday, March 19, 2013

Life as Houseman Day 8



Hari ni genap 8 hari saya bekerja as a doctor di hospital sultanah nur zahirah. Dah banyak dugaan dilalui, right from the beginning masuk hosp lagi. Time tengah orientation pon dh kne hambur ngn specialis garang. Tapi xpe, kuatkan semangat. Sekarang ni dah lali dah kalau org nk marah pon(yeke?)

Now im in medical postinggg! Yea right, the scariest posting as my 1 st posting. Stress sangat msa awal2 dapat tau kena masuk medical. Dahla kawan2 lain masuk posting lain reramai, tinggal saya sorang2 dalam posting medical. Kami ada 7 org yang ditempatkan ke medical department. 2 person for wach ward, and guess what, saya yg paling tak lucky kena masuk wad lain sorang diri. Yupp, stress ok. At least nak la ada geng sama2 baru masuk kan. Ni terkontang kanting surang diri kat tempt baru.

1 st day of tagging was the most stressful sebab stress tengok ho lain macam terror gila. And stress kena pakai computer system. Pening kot system comp ni. Nak review patient pon terkapai2. Tapi now dah hari ke 8 sy masuk wad so macam boleh adapt la sikit. Huhu.

Masa 1st day masuk tagging saya dah kena ambik darah. Nasib baik ada ho ni, kawan nazmi. Dia yang tolong tunjuk ajar segala benda. Yela bayangkan mula2 masuk wad, nak cari branula pon tatau kat mana. Haiz. Tapi one thing i notice, kena cepat belajar seala benda sebab orang lain takkan nak kena tolong kita sepanjang masa kan. Diorg pon stress dengan kerja masing2 gak.

Now saya tengah belajar nak clerk case and review patient. Then nak kena belajar how to manage patient. Scary sebenarnya nak manage patient. Bukan mcam jawab exam, goreng jek segala benda. Now kalau kita manage patient tu, tersalah manage tak pasal nanti jadi pape kat patient. Nak bagi ubat pon saya takut tau. Huhu. Tapi ho lain macam dah terror jek. Harap2 i will b like them 1 day soon. Huhu.

Owh yeah, 1 thing yang best is wad saya sebelah bilik farmasi tempat nazmi kerja. Memanfmg dekat sangat.Haha. kalau nak air ke ape, mintak dgn dia jek. Saya tunggu masa jek nak wad round skali with him. Tapi sepanjang 8 ari ekerja ni, xpenah lagi la ward round sekali. Huhu. Kesian nazmi, pagi2 dia kena g awal kerja sbb ke anta saya awal. Kul 7 sy dah kena ada kat hosp. Balik lak kul 10 paling awal. Huuuu. Penat. Dahla time tagging ni kerja 2 weeks straight. No day off. Tapi tak pe, next week ada sweet escape with hubby ke jeng jeng jeng. Hihi. Dahla cuti lama lak tu. nasib baik cuti diluluskan. Kalau tak burn tiket beribu. Huu. Cant wait! Cepat la abis tagging and pergi bercutiii.

Tapi nanti bila dah abih tagging, saya kena in charge of the ward lak. Scaryyyy. Nanti responsibility under meee. Hukk takut okeyhh. At least now sy juz tolong2 jekk. Tu pon dah pening. Kejap2 farmasi call nk confirm kan drug yang saya order sebab dose salah. Haha! Tapi kalau saya nk confirm kan ubat, i can just call my hubby.:p

Ok la tu jela keluhan sy sepanjang berja 8 ari ni. Ni pon curi2 tulis time rehat kat surau nak sembahyang. Arini tak la sibuk sangt sebab pasif so xde admission dalam ward. Kalau tengah aktif, memang kelam kabutt. Hukkk. Dahla sakit kaki berdiri lama2. Haihhh.

Ok la, nk g sembahyang.

Sunday, March 10, 2013

First Day In Hospital


Hari ni saya selamat melapor diri ke hospital untuk bertugas sebagai pegawai siswazah. Nervous okeyhh nak stat kerja ni. Kitrg seramai 20 orang melapor diri tdi. Separuh dari kelantan, yang lain budak terengganu. Nasib baik ada beberapa orang kawan sesama india dapat hospital sama ni. Tak de keseorangan sangat saya nanti.hihi.

Tadi saya dapat posting medicine. Posting yang ditakuti. Haih. Dahla tak de gengg . Kawan2 lain dapat obg. Saya sorang tercampak kat medicine. Huuu. Ari ni and esok orientasi. Lusa meybe dah stat tagging. Cuak nyerrrr.

Ok bye! Kena start pack tuk g london.

Sunday, March 3, 2013

Wedding : Part 1 – The Preparation





 Alhamdullillah..!


Selesai dah majlis resepsi/ reception and majlis sambut menantu last month. Akhirnya episode pening kepala- serabut - gelabah memikirkan majlis sudah berakhir.hihi. Syukur sangat sebab majlis berjalan lancar. Nasib baik jugak cuaca sangat baik that day and tak hujan since the past few days before majlis tu asyik hujan lebat. Stress gak bila fikir camna kalau hujan time majlis sebab saya buat majlis outdoor, tapi alhamdullillah tak hujan.
Now saya nak bercerita serba sedikit pasal preparation for the wedding. Hihi. Saja nak kongsi pengalaman.  Kalau org tanya apa paling penting tuk wedding, my first answer is to have a good checklist for wedding,barula segala benda boleh dibuat ikut plan and tak de benda tertinggal.

1)      Survey
Sebenarnya saya dah lama survey for my dream wedding ( read- dah lama berangan.haha). Dari dulu lagi saya suka blog hopping, masuk blog2 bride to be and see how they prepare for their wedding. Banyak jugak yang saya belajar from them and banyak idea yang boleh kita dapat. Semua benda yang saya suka, saya akan save in one folder in my laptop so that bila nak prepare for the wedding, saya dah ada idea macamana nak buat. From the dais, to baju pengantin, even to hand bouquet, everything ada dalam folder tu.

2)     Scrap book 
Make it yourself a wedding scrapbook and yes I do have a scrapbook for my wedding dream. Dalam buku tu ada segala listing benda yang perlu dibuat tuk wedding. Remember wedding is once in a lifetime event, u don’t want to miss any silly things for that special day. Even segala resit2 pembelian tuk wedding pon disimpan dlm buku tu. Nanti boleh jadi kenangan bila tua.hihi.

3)      Pelamin and baju pengantin
Bab nak pilih pelamin and baju pengantin ni paling susah sekali. Theme yang ada dalam kepala is garden wedding. Pastu colour for my reception memang tak lain tak bukan pink (I know tunang aritu pon pink, but what to dooo..hanya pink cantik di hatiku). Banyak kali gak saya and mama pergi survey kedai kat trg ni tapi susah nak cari macam yang kita nak. Ada la dalam 6-7 buah kedai kitrg masuk. Banyak kedai tawarkan pakej pengantin tapi masalahnya bila pakej ni, tak semestinya segala dalam pakej tu menepati cita rasa kita. Ada pakej murah includes pelamin, baju and photoghrapher, tapi pelamin jek yang cantik,baju tak cantik. Last2 memang kitrg tempah separate tuk sme benda. Nasib baik akhirnye last minute  jumpa kedai yang ada pelamin yg macam sy nak. Baju for nikah and reception saya tempah since susah nak cari baju yang sesuai. Saya dah beli kain saree semasa di india untuk my nikah attire. Baju untuk reception pulak di tempah di sacc mall shah alam.  My auntie yang carikan butik tu sebab dia tengok kedai tu punya baju cantik2, then tiba2 kedai tu kepunyaan my senior masa mrsm langkawi dulu,what a small world.haha. 


 Still in progress

 My wedding shoes. suka sangat because ada lace and flower.so pretty!



 Fitting baju for his side.

4)      Videographer and photographer 
Bagi saya, kedua2 ni sangat penting for our wedding. Because at the end of the day, only these things yg akan remind kita for our wedding. So saya memang survey awal2 untuk dapat photo n video yg bagus, and book siap2. Even before blik mesia lgi sy dah book.hihi.

5)      Wedding card
Wedding card untuk my wedding tu saya tempah di kl. Kebetulan ada pameran pengantin and dari situ kitrg survey and tempah the card. Ok la pakej yang diberi, 1.80rm for 1000 card, with free 2 bunting, 1 bena, guestbook, 2 potret kanvas, and 1000 sticker tag untuk letak kat doorgift.


6)      Doorgift  
Doorgift pon salah satu benda pening nak cari. My mom nak cari doorgift yang lain dari biasa org lain buat. No muffin, no bunga telur, no bekas2 kaca, semua tak nak.hoih pening gak mencari doorgift yang sesuai. Dah tawaf satu nilai 3 pon tak jumpa doorgift yg best. Akhir nye kitrg jmpa kedai ceramic kat sebelah butik baju pengantin yg sy tempah di sacc mall tu. And kebetulan plak kilang kedai tu ada kat Kelantan. If you read my post – trip to Kelantan, that is when we went there to get the doorgifts. Seriously I love my doorgift sebab cantik! Dah la warna pink and lavender, bentuk butterfly plak tu. hihi.  Then my mom tempah coklat untuk letak dlm doorgift tu skali.




Bunga telur.

7)      Canopy and cathering
This one mmg saya tak ambik tau langsung.haha.semua parents yang cari. Diorang yang survey, diorang yg food testing, semua diorng buat. Sebenarnya sy nak canopy yg transparent tu pastu letak fairy lights and buat wedding mlm.tapi xde plak canopy tu kat trg.zzz..



8)     Baju for family. 
My mom nak semua family pakai warna sedondon semasa my reception tu. So kitorng pergi ke Jakel untuk cari baju pakaian seragam for the family. Theme colour is lavender for my reception. Since my mom nak belikan untuk ahli keluarga yang lain gak, so berpuluh2 meter kain kena cari. Agak berjam-jam jugak la kitrg di jakel aritu.huhu.

Kain-kain yang diborong di jakel


Things to remember for your wedding (sekadar berkongsi pengalaman) :-
1)      Survey, survey, survey! If you have more time before your wedding, please survey as much as you can sebab lagi banyak you survey, lagi banyak pilihan yang ada. Yang penting survey harga yang berpatutan.
2)      For those yang rasa size badan agak tidak average like me (ehem), sila la pening kepala nak cari baju kawen yang sesuai. Sebab baju kahwin yang ada kat butik pelamin tu sme standard size. Kalau agak pendek, memang la susah nak cari baju. Mana nak cari baju yang padan lagi, mana nak cari baju ikut theme colour lagi. Then kalau jumpa pon, baju tu tak ikut cita rasa kita.hoho.pening okeyh. So sila la prepare duit untuk tempah baju if you want. If its me, I prefer tempah since kita boleh simpan baju kahwin kita for kenangan.hihi.
3)      Do not panic. Always update your checklist so that nanti tak ada benda yang lupa last minute. Kalau nak wedding perfect, sila ikut checklist dengan betul.
4)      Kalau agak2 nak buat wedding time cuti sekolah or musim orang kahwin, sila la prepare and start booking awal especially booking dewan or hotel. 


Bekas hantaran. i purposely choose this type of hantaran so that lepas habis majlis, bekas ni boleh di guna semula.


Food testing for majlis sambut menantu

Dalam proses menyiap kan bilik pengantin. my mom beli sendiri kain tu and kitrg hias sendiri.

Bunga telur in progress


Okeyh tu je la serba sedikit preparation for the wedding. Nak tulis sme tak larat plak.next time bila rajin I will continue part 2 plak. But since dah nak start kerja ni, takut xde masa plak nk layan blog dah.tskk..

Ok la, bye2. Thanks for reading!

Monday, January 28, 2013

Guess what


Hello again!

Guess what people, saya dah dapat surat tawaran kerja from SPA. And yes, rasa semakin berdebar bila memikirkan akan start kerja tak lama lagi. Agak2 saya ingat lagi ke apa yang dah belajar dulu. Ada yang kena bukak buku study balik ni. Haihhh..

Takut nya..wuwuwu..no more waking up late in the morning. No more wasting time kat rumah or honeymoon. Lepas ni asyik kena buli jek la yeee nanti.. Zzzz..



Sunday, January 20, 2013

1 monthversary ❤


Oh my 1 month already since saya jadi isteri kepada nazmi. No words can describe my feelings other than i love him more and more each day. May this marriage last till jannah. Ameen. 💗

Friday, January 18, 2013

Day Trip To Kota Bharu, Kelantan


Last weekend me and my family pergi ke kota bharu to get the doorgift for my wedding. Kitrg beli doorgift tu di shah alam tapi kilang doorgift tu ada kat kelantan. So we decided to take the doorgift ourselves since dekat. Kul 8 pagi dah bertolak dari rumah. Awal gila.=.=.

Sampai di tempat kilang tu dalam pukul 12. My first thought masa sampai tempat tu 'eh ni kilang ke rumah'. Haha. Sebab tak macam kilang pon actually. Punyala expectation ingat kan kilang besar. Lol.

Then after solat jumaat singgah di kk colection and i bought few accessories for my room. Wee ske ske! Rabun mata tengok semua barang, macam nak bli jek segala benda. Tujuan asal pegi kedai tu sebab nak beli almari for my room. Since almari kat situ semua warna putih and suit tema my room, i thought nak beli satu tuk bilik. Then tak jadi sebab almari yang sy nak tu xde stok baru. Wuwuwu.

These are few pics of the kilang and barang yg dibeli kat kk colection.hehe.












Thursday, January 17, 2013

Perfect date


Siapa cakap after kahwin pasangan kita akan berubah? Yg kita akan kenal sapa sebenarnye our partner after dah kahwin? Dulu sy ingat lagi my autie selalu pesan, kata nya mmg la time couple semua org baik, sweet, nanti pas dah kahwin baru tunjuk belang sebenar. But now after dah kahwin, nothing change. Tak de pon bende yang membuatkan sy jd menyesal kahwin. Rasa menyesal tak kahwin awal2 adalaa. Hihi.Nazmi is still the same guy i date for the past 7 years. Takde bende yg berubah. Malah dia jadi semakin sweet adala. Alhamdullillah bahagia sangat now.

Malam tadi kitrg kuar dinner date kat luar. Bosan asyik makan kat rumah . So dia ajak pegi dinner kat riyaz hotel. Cantik gak tempat tu. Sy xpnah tau pon dalam hotel tu ada restoren. Pemandangan pon cantik. Nampak bandar trg dari seberang pulau and cahaya warna warni from the ict.

Sy order chicken chop. Terasa nak makan western. Nazmi lak order nasi goreng ngn tomyam. Tak puas2 makan tomyam tau dia ni. Suasana tempat tu sunyi sebab tak ramai pon org dtg. Meybe sbb agak expe sive jugak harga makanan situ. Tadi total makanan kitrg dlm 70rm gak. Huhu.

Then after makan, kitrg jln2 kat kwasan tepi laut tu. Sunyi sgt sbb xde org pon kat situ. Just nampak cahaya cantik bandar trg dri seberang laut tu.











Tuesday, January 1, 2013

2012 Wrap Up and Happy New Year!

Okeyh sangat lama tak tulis blog. Last post was august last year! Haha. Sebenarnya too many things happened and too many things to tell that i end up not writing anything. Sekarang baru terbukak hati nak bukak balik this blog.

So arini dah new year 2013. Dah habis dah tahun 2012. Tahun 2012 ada banyak benda berlaku in my in my life. Too many life changing event happened. Salah satunya ialah status diriku dah bertukar. Yup, saya dah selamat bernikah dgn nazmi pada 20.12.2012. Alhamdulllah. Bahagia sangat now. Thats all i can say.

Other than that the highlight in my life is i passed my mbbs final exam. Now i am officialy a doctor. Doctor yg tak praktis lagi. Hihi. Now tgh melepak kat rumah sambil tunggu masuk kerja. Huhu.

Ok tu jela nk update. Gila malas punya post. Hakhak! Like i said byk benda nk bgtau last2 tak reti nak cerita. :p