Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

Im Officially A Mom Now!


Salam blog,

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan liltle princess pada 28/12/13. And guess what, tu tarikh lahir saya jugak. Yup we shared the same birthday date.hihi. Rasa macam tak percaya sekarang dah bergelar ibu and ada anak perempuan. Seriusly rasa tak percaya. Huhu. 

Teringat lagi detik2 permulaan sakit nak beranak tu. saya mula start sakit masa pergi jalan kat kl last week. Tu laa dah sarat mengandung tapi still nak g travel jauh ngn kereta lak tu. sampai kl kul 2 pm terus pegi shopping barang anak kat sogo. Then pergi mid valley lak. Sampai la malam, ada dinner with my family. Hambik ko, mana tak penat. Tapi time tu tak rasa pon.hihi. Time tu excited jek lebih. Thennn malam tu bermula la episode trauma. Saya start sakit belakang sampai xleh tido. Tatau nak describe macamana tapi berdenyut2.huhu. Sampai la ke pagi. Then terus saya ajak hubby balik terengganu. 

Hari esok tu, still sakit lagi belakang. Pastu ditambah lak sakit contraction. Adoii. Dahla tiap kali contraction, sakit belakang tu makin berdenyut2.huhu. Seksa gila. Saya siap mintak cuti mc lagi. Then that nite, sakit makin teruk sampai hubby pon terpaksa cuti the next day. Panggil tukang urut pon xjadi apa. Saya duk continue cuti sampai la ari rabu malam tak tahan sangat, saya ajak hubby pg hospital. 

Kat hospital,my friend tolong check jalan, tengok2 dah bukak 2 cm. hoho. Terus kena admit tuk early phase of labor. Tapiii tunggu punya tunggu jalan still tak bukak. Last2 ari sabtu jugak nak beranak kan, saje jek baby nak lahir sama tarikh ngan mummy dia. Hihi. Nak cerita pasal sakit tu, xpayahla. Trauma rasa dia. Sakit yang amat. Huuu. Memang saya meraung2 sakit . Nasib baik dah mintak epidural. Lega skit rasa. Kalau tak rasa cam nak pengsan jek. Tapi saya lucky sebab ada hubby yang sangat supportive. Dia la yang duk baca2 kan ayat for me. Tukang usap belakang , tukang bagi kata2 semangat, tukang peluk, lap peluh, sme2la. Even sepanjang saya kena warded hubby yang jaga siang malam. Love u hubby!

Masa saat nak beranak tu, dr bagitau jalan dah bkak 9 cm. dr suh try teran , saya teran tapi baby tak turun. Huhu. Dahla masa tu tiba2 lak saya demam dalam labor room tu. baby lak ada distress. Last2 dr decide nak vacuum sebab takut fetal distress. Haih. Time  tu hubby pon kena keluar, xleh tunggu.nasib baik saya ambik epidural so takla rasa sangat sakit tu.

Akhirnya baby selamat dilahirkan kul 6.36 pm 28/12/13..baby kne admit wad sebab nafas laju and sebab kena ambik antibiotik since saya demam. Huhu.

Now ari2 saya g lawat baby. Nak menyhsu actually. Hihi. Omg sayang sangat my baby, tatau nak cakap camna. Rsa tak percaya dah bergelar ibu. Hihi. 

Our little princess. Lahir 2.76 kg. hihi. Sebenarnya kitrg tak tau jantina sebab scan x nampak . Tup tup perempuan. Hihi. Comel jek. 

Anyway nanti la update lagi pasal our baby. Ngntuk dah ni. Bye.

No comments: