Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 27, 2014

Happy 1st Monthversary Little Princess


Salam blog,

Sedar tak sedar my baby girl dah umur sebulan dah. arini tepat 30 hari umur dia. banyak perubahan dah baby saya. sekarang muka dia agak panjang compare to masa mula2 lahir dulu. hihi.

alhamdulillah aira (her name is nur humaira, ayah dia yang pilih nama ni. panggil aira.hehe) baby yang baik, tak banyak meragam. jarang sangat nangis. nangis pon stakat 'eh eh eh' jek bunyi.tu pon kalau lapar. kalau saya lambat sangat feed dia and dia lapar sangat, baru la dia nangis kuat skit. otherwise aira jarang meragam.tido malam pon tak nangis. dia just berjaga tuk menyusu jek or poop.hehe. kadang2 tu sebab aira dah byk tido siang, malam dia xlena sangat tido. tapi dia tak nangis. kadang2 sy biarkan jek dia sorng2 kalau sy mengantuk sangat.haha,sian dia terkebil2 sorang diri tapi x nangis pon, so xpela.hihi.

hari2 rutin hidup saya lebih kurang jek. pagi bangun kul 9-10 cmtu, saya mandi siap2 dulu then mandikan aira.sekarang dah tak kekok sangat nk mandikan aira.masa mula2 tu takutla gak sbb tak biasa. then sy bertunku. now dah start menyalai lak. then kalau ada masa saya breast pump tuk buat stok. tapi x smpat nk buat stok tuk time kerja nanti lagi.huhu.just buat stok tuk pakai time emergency. then kalau aira lapar, breast feed her.pastu tidokan aira. kul 5 petang cmtu dah kena lap badan aira. malam lak dia slalu berjaga 2 kali tuk menyusu. stakat ni paling lama saya tido malam 3 jam jek sejak dari awal lahir aritu.haha.depress bila pk.tapi siang2 saya tido la gak kalau smpat.

sekarang saya still breastfeed lagi. tak campur lagi susu formula. dulu memang saya pernah berazam kalau ada anak nak  bagi exclusive breast milk, kalau boleh sampai 6 months. tapi sebenarnya nak breast feed ni kena banyak bersabar. kadang2 saya risau kalau susu tak cukup, kesian plak aira kalau susu saya tak ckup. pastu klu breast feed ni plak baby cepat lapar sebab susu cepat hadam. so mmg at least 2-3 jam skali aira lapar. memang kena bertahan la sebab penat gak actually kalau breast feed ni tapi demi anak sanggup jek.

k tu jela. xsabar nak abih pantang.hihi. 1 feb ni kitrng nak buat akikah n cukur jambul aira. hihi.

k byee...


No comments: